ASAL USUL PERKATAAN ‘TAMADUN’
Tamadun merupakan perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab. Istilah tamadun adalah kata terbitan dalam bahasa Arab iaitu ’maddana’ yang membawa pengertian ’pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal’ atau ’membangunkan sesuatu lokasi sehingga menjadi suatu pembandaran.’ (Ibrahim et al. 1960: 873) manakala bagi Ibrahim Mustafa et al. (1989: 859) dalam Al-Mu’jam al-Wasit tamadun membawa erti ’hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju’ Perkataan tamadun melahirkan lagi beberapa perkataan lain yang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai istilah tamadun. Antara yang dimaksudkan seperti ’madinah’ yang bermaksud (bandar) dan ’madani’ bermaksud (keselesaan hidup dan ketinggian budi).
Menurut Sidi Ghazalba (1986) “Kata-kata yang sinonim dengan dengan tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civilization dan civilisatie bagi bahasa Belanda.”
Berkemungkinan konsep moden dan modenisasi barat mengambil inspirasi dari perspektif Islam. Hal ini menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna modern ‘ ialah baru dan mutakhir’.
Perkataan tamadun telah diperkenalkan oleh seorang tokoh sejarawan Arab Kristian pada awal abad ke-19. Beliau bernama Jurji Zaidan dan mengunakan perkataan tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islamiy (Sejarah Tamadun Islam), yang diterbitkan antara tahun 1902-1906.(Beg 1985:25). Perkataan ini bertahan kerana mengekalkan konsep madaniyyah. Terdapat pelbagai perkataan sebelum munculnya istilah tamadun yang digunakan dalam mimbincangkan konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia seperti madaniyyah, umran dan badarah. Madaniyyah diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi dalam kitabnya al-siyasab al-madaniyyah dan dipopularkan oleh tokoh seperti Muhammad Farid Wadji, dan kemudian oleh Syaikh Muhammad Abduh serta Syaikh Rashid Rida pada abad kedua puluh. Perkataan umran dan badarah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406) di dalam muqaddimah Ibn Khaldun pada abad abad keempat belas.
Tamadun bersangkut-paut dengan kebudayaan. Menurut Prof. Madya Drs.Sidi Gazalba(1986) ”kalau kita bercakap tentang tamadun pada hakikatnya kita berbicara tentang kebudayaan”. Maka bolehlah dimengerti bahawa tamadun merupakan suasana kebudayaan sesebuah masyarakat.
ISTILAH TAMADUN MENURUT BAHASA INGGERIS
Bagi merujuk maksud tamadun, bahasa inggeris mengunakan perkataan civilization dan perkataan ini dikataan wujud dalam abad kesembilan belas. Hal ini menurut M.A.J Beg (1982:14-5): ”Pengunaan perkataan ’civilization’ yang terkenal buat pertama kalinya, terjelma dalam buku-buku inggeris dalam abad kesembilan belas. Oleh itu, kita boleh menganggap perkataan dan konsep tamadun lahir di Eropah pada abad kesembilan belas.”
Civilization diambil dari perkataan Latin yang merujuk kepada city atau civitas, dengan alasan-alasan berikut(Beg1982):
a. Tiap-tiap tamadun yang agung mempunyai bandar-bandar yang besar.
b. Perubahan adalah jelas pertumbuhannya di Bandar-bandar besar.
c. Ciri-ciri asas tamadun manusia lebih mudah ditemui di Bandar-bandar besar.
Selain perkataan civilization, beberapa perkataan lain yang pernah digunakan tetapi tidak begitu meluas ialah seperti culture, urbanization dan renaissance. Perkara ini disebabkan oleh perkataan-perkataan ini tidak dapat menyatakan keseluruhan konsep tamadun itu kerana keterbatasan unsur dalam perkataan itu membincangkan konsep tamadun berbanding dengan perkataan civilization.
PERSPEKTIF TAMADUN BARAT MENGENAI KONSEP TAMADUN
Terdapat beberapa orang tokoh yang menyatakan prespektif mereka mengenai konsep tamadun. Antara mereka ialah:
a. Arnold Toynbee tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
b. J.K Fiebleman tamadun ialah kepandaian mengeksplotasi meterial oleh masyarakat. Dengan lain perkataan, proses masyarakat ke arah meterial dengan sendiri menjadi barang baru bagi sesuatu keperluan.
c. E.B Taylor tamadun ialah satu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
d. Riberio dalam bukunya The Civilization Process (Washington : 1968, hal. 19), menghururaikan sebelas ciri dalam proses tamadun:
i. penyebaran teknik pertanian.
ii. Perternakan dan pengkhususan fungsi untuk kumpulan-kumpulan tertentu.
iii. Revolusi perbandaran, berhubungan dengan timbulnya bandar dan negara.
iv. Dengan stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial, dengan pertanian, irigasi dan teknik mengerjakan tembaga dan gangsa.
v. Tulisan, bilangan, kalender dan lain-lain.
vi. Revolusi irigasi
vii. Revolusi teknik-teknik logam membawa kepada penciptaan alat-alat baru, perkembangan kapal, penemuan mata wang, yang memungkinkan perdagangan dengan luar negeri dan lain-lain.
viii. Revolusi desa
ix. Revolusi perdagangan
x. Revolusi teknologi
xi. Revolusi industri.
Kesemua sebelas proses ini yang membentuk kebudayaan sesuatu masyarakat itu mencapai kemuncak tamadunnya.
e. Oswarld Spengler tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan yang membawa kepada kemajuan.
f. Will Durant tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen, iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi dan kesenian
setiap orang mempunyai nilai. nilai terpuji atau terkeji. kanapa kita diwujudkan? pernahkah tertanya? suka ke arah kebaikan tetapi masih membuat kejahatan! manusia mahkluk yang kompleks dan susah dimergerti. kadang-kadang kita sendiri tidak memahami diri kita, perasaan kita. keliru. apatah lagi orang lain seperti pekerja kita. bagaimana mengetahui perasaan mereka? mari kita kaji bersama!
selamat datang!!!
ini adalah dunia saya. dunia fantasi yang mengambarkan realiti. kisah hidup, pendapat, pandangan dan semua yang saya fikirkan saya paparkan disini. yang baik jadikan tauladan dan kurang baik harap diperbetulkan.
tp disebabkan malas menulis maka secara tidak langsung saya telah copy and paste kebanyakan assignment yang saya buat ke blog in untuk rujukan saya dimasa hadapan
tp disebabkan malas menulis maka secara tidak langsung saya telah copy and paste kebanyakan assignment yang saya buat ke blog in untuk rujukan saya dimasa hadapan
No comments:
Post a Comment