selamat datang!!!

ini adalah dunia saya. dunia fantasi yang mengambarkan realiti. kisah hidup, pendapat, pandangan dan semua yang saya fikirkan saya paparkan disini. yang baik jadikan tauladan dan kurang baik harap diperbetulkan.

tp disebabkan malas menulis maka secara tidak langsung saya telah copy and paste kebanyakan assignment yang saya buat ke blog in untuk rujukan saya dimasa hadapan

Monday, April 11, 2011

kenegaraan

Isu kebersihan
Kemasukan pendatang asing untuk bekerja di Negara kita juga tlah menimbulkan isu kebersihan. Hal ini kerana pendatang asing ini tiddak mempedulikan faktor kebersihan kerana tujuan mereka adalah semata-mata untuk berkerja dan mencari pendapatan tanpa mempedulikan faktor kebersiahan. Justeru itu, masyarakat tempatan yang terpaksa menanggung implikasi dari perkara ini. Pendatang asing yang kebiasaaan nya tinggal di rumah-rumah setinggan yang tidak dilengkapi oleh struktur pembuangan sampah yang sempurna telah mengunakan arternatif lian seperti sungai di negara ini. Maka dari gejala ini menyebabkan sungai kita tercemar dan paras toksid pencemaran air sungai akan terus meningkat. Hidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhan air akan mati dan sistem biologi sungai akan terjejas. Pendatang asing juga suka membuat pembakaran terbuka bagi melupuskan sampah yang dikeluarkan oleh mereka kerana ia adalah satu cara yang mudah untuk mereka. Tetapi hal ini menyebabkan negara kita menghadapi masalah pencemaran udara. Rakyat terpaksa menanggung risiko kesihatan terganggu ekoran daripada perbuatan pendatang asing ini. Industri pelancongan turut terjejas kerana negara kita tidak lagi mempunyai suasana yang menarik kerana sungai yang telah tercemar dan kualiti udara yang kotor. Negara ini juga akan kelihatan seperti sebuah negara yang tidak mempunyai masyarakat yang berkualiti walaupun hal ini munkin disebabkan oleh bilangan pendatang asing yang ramai. Rumah setinggan yang kebanyakkan didirikan di ibu kota juga akan memcacatkan pemandangan kerana keadaan di rumah setinggan adalah amat kotor. Pelbagai gejala penyakit munkin berlaku kerana keadaan yang kotor ini dan ini amay membahayakan masyarakat kita.

Pencemaran bahasa
Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa melayu amat mudah menerima pengaruh dari luar dan justeru itu maka bahasa melayu dapat terus berkembang sehigga sekarang. Kedatangan pendatang asing ini akan memyebabakan bahasa melayu asli akan mengalami proses asimilasi dan seterusnya menyebabkan bahasa melayu asli tercemar dengan pelbagai dialek bahasa yang dibawa oleh golongan pendatang ini. Hal ini amat mengancam keaslian bahasa melayu dan juga bahasa rakyat tempatan yang lain. Apabila golongan pendatang ini ramai maka kita terpaksa berkomunikasi dengan mengunakan bahasa mereka kerana terdapat ramai golongan pendatang asing yang tidak mempunyai sistem bahasa yang sama dengan bahasa kebangsaan kita. Justeru adalah tidak adil untuk kita terpaksa pula mengunakan bahasa mereka unutk berkomunikasi kerana kita seakan akan berada di bumi mereka.

Penggunaan kemudahan yang sama
Rakyat negara ini terpaksa membayar sejumlah wang bagi kemudahan awam seperti lampu jalan kepada kerajaan. Cukai yang dikenakan adalah modal bagi kerajaan kita untuk membangunkan negara ini. Berlainan pula dengan pendatang tanpa asing yang dengan tidak membayar cukai tetapi turut mengunakan segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat yang membayar cukai. Hal ini amat tidak patut dan membuatkan seperti rakyat negara ini yang dilahirkan di sini tetapi perlu membayar cukai bagi menikmati segala kemudahan tetapi pendatang tanpa izin ini pula dengan seronoknya mengunakan kemudahan tanpa perlu membayar walau sesen pun untuk segala kemudahan yang disediakan ini. Hal ini akan memyebabkan faktor tarikan untuk pendatang tanpa izin ini datang kenegara kita semakin kuat. Kerajaan perlu mengambil langkah sepatutunya bagi meyelesaikan masalah ini sebelum masalah ini bertambah rumit. Hal yang sepatutnya terjadi ialah pendatang asing ini perlu membayar lebih dari rakyat negara ini bagi kemudahan yang sama.

Meningkatkan prokduktiviti negara
Walaupun pendatang tanpa izin ini memberikan pelbagai implikasi negetif, namun terdapat juga kesan positif. Antaranya ialah peningkatan produktiviti negara kita. Pendatang asing yang bekerja di kilang-kilang di negara ini akan menghasilkan sesuatu barangan yang akan di eksport atau diniagakan di dalam negara ini. Hal ini akan menyebabkan produk yang dikeluarkan oleh negara kita meningkat dan membuatkan penigkatan urus niaga di negara ini. Produk-produk yang dijual akan memberikan pulangan modal yang boleh digunakan untuk membangunkan negara kita. Negara kita akan dapat bersaing dengan negara lain jika produktiviti kita menigkat.

Menggalakkan proses aliran tunai
Kemasukan pendatang asing yang ramai ini akan menyebabkan kuasa beli di dalam pasaran tempatan akan meningkat. Golongan ini akan berbelanja di negara ini dan menyebabkan proses aliran wang berjalan dengan laju. Ekonomi Negara kan bergerak dengan lancar. Golongan perniaga di Negara ini akan dapat menambah pendapatan kerana pertambahan pelanggan. E konomi Negara akan terus bergerak selagi pendatang asing ini berbelamja di negara kita. Namun mata wang kita juga akan jatuh jika mereka membawa wang kita ke Negara asal mereka untuk berbelanja atau memberi kepada keluarga mereka. Ekonomi kita juga munkin akan terjejas. Maka kita perlu dapat mengawal jumlah mereka di Negara ini agar kita tetap mempunyai kuasa terhadap ekonomi kita sendiri. Jangan sampai pihak luar yang mengawal ekonomi kita.

ISU KRITIKAL
Kenapa malaysia masih dibelenggu dengan masalah kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak dapat dikawal dan menjadi isu yang terlalu besar? Adakah disebabkan oleh pihak kerajaan yang tidak memainkan peranan dengan berkesan? Negara lain juga menghadapi masalah yang sama namun tidak menjadi isu yang terlalu besar sehingga tidak dapat diselesaikan. Di Malaysia, masalah ini seakan tiada sudahnya. Pihak kerajaan Malaysia amat menjaga hubungan baik sesama negara jiran tetangga sehinggakan masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan baik. Malaysia kelihatan takut dengan negara luar berbanding negara luar yang lebih mementingkan kepentingan warganegara mereka berbanding dengan rakyat asing. Rakyat asing begitu bebas unutk berjalan di Negara kita tanpa ada pengawasan dari pihak berkuasa. Ada sesetengah tempat yang seakan-akan dimonopoli oleh golongan rakyat asing seperti di Puduraya yang menjadi tempat mereka berkumpul sehinggakan rakyat tempatan berasa tidak selesa dengan jumlah mereka yng begitu ramai. Lagi menambahkan kepelikan apabila tempat yang menjadi mercu kemegahan negara juga seperti Menara Berkembar Petronas menjadi tempat untuk mereka berkumpul. Kerajaan Malaysia sepatutunya mementingkan hak warganegara yang memilih supaya keadaan ini tidak menjadi isu yang besar seterusnya akan dapat mengugat keharmonian negara ini. Adalah penting untuk mrnjaga hubungan yang baik dengan negara jiran namun kepentingan rakyat tempatan harus didahulukan. Rakyat Malaysia yang bekerja dinegara asing tidak dapat ayanan seperti rakyat asing yang bekerja di negara kita. Jadi kita perlu sedar akan keadaan ini supaya hak kita tidak tergugat dengan kehadiran mereka yang ramai ini.
Rakyat Malaysia perlu sedar akan hak mereka berbanding pendatang ini. Kita perlu bersama-sama bertindak agar kerajaan senang untuk meyelesaikan masalah ini. Golongan belia yang sepatutnya bekerja di pelbagai sektor seakan lupa dengan tanggungjawab mereka lantas leka dengan aktiviti merempit yang tidak berfaedah, terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah dan dibuai oleh muzik yang mengasikkan. Golongan ini yang perlu diberi perhatian agar mereka sedar bahawa hak mereka iaitu peluang pekerjaan telah dicuri leh pendatang asing ini. Sibuk mengatakan baru-baru ini yang golongan siswazah menggangur berjumlah 500 000 orang, satu jumlah yang besar. Mengapa mereka tidak mengunakan kesempatan ini untuk mengambil kembali hak mereka yang telah dicuri oleh pendatang asing ini? Jika golongan yang mendapat pendidikan ini juga tidak sedar bahawa hak mereka telah dicuri, bagaimana pula halnya dengan golongan yang masih leka dengan dunia mereka sendiri? Kita perlu bermuhasabah seketika agar mengetahui hikmah disebalik masalah yang dibincangkan. Semua masalah ini tidak berpunya dari pendatang asing yang hanya mengambil kesempatan untuk memcari rezeki di negara ini tapi berpunca dari kita yang membenarkan mereka mencuri peluang itu dari kita. Justeru itu kita perlu bertindak segera agar masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera erana kita tidak mahu membuang terlampau banyak masa dengan masalah ini, kerana terdapat banyak masalah lain yang perlu kita fikirkan agar kita tidak terus ketinggalan dalam bersaing di dunia tanpa sempadan ini.

No comments:

Post a Comment